Buat Duit Terus Daripada Website Atau Blog dengan BidVertiser

::Games::

Games yang terbaru..mesti takkan puas..tekan OPTION untuk melihat cara bermain..MESTI CUBA!!!

Tuesday, September 30, 2008

::Forum Untuk Kita-kita Jer::


HEBAT!!!jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi ahli kepada sebuah forum baru yang dilancarkan.kepada yang mempunyai masalah dan ingin mencari tempat meluahkan masalah serta mencari jalan penyelesaian, inilah web yang dapat membantu anda..juga terdapat hiburan kepada anda semua..ianya sesuai untuk semua golongan..rebutlah peluang ini untuk menjadi ahlinya.layari http://luahanhati.lifeme.net...

Sunday, September 21, 2008

::Anak Malaysia::



TERIMA KASIH MALAYSIA!!! aku sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan negaraku yang aman damai serta sentosa..aku bebas dalam membuat apa-apa aktiviti tanpa rasa takut daripada sebarang ancaman..rakyat-rakyatnya pula semuanya peramah dan mesra..dengan kepimpinan daripada pemimpin yang berwibawa seperti PAK LAH, aku berharap Malaysia akan terus bertambah maju dalam semua sektor..anda pula bagaimana? pikir-pikirkan lah (^_^)

Thursday, September 18, 2008

::Senyum Amalan Mulia::



Say CHEESSSEEEEEE!! (^_^)...senyum adalah satu amalan yang baik..ianya boleh memberi ketenangan kepada orang lain..ianya dapat mengubati seseorang yang sedang dalam kesakitan dan juga membebaskan kita daripada masalah..semua orang akan berasa tenang akan senyuman yang kita berikan kepada mereka..tetapi janganlah senyum kerana terpaksa pulak..senyumlah dengan hati yang ikhlas..tetapi hati-hati kerana kadang-kadang senyum ini boleh memberikan pelbagai maksud jika kita senyum tidak kena pada tempatnya..so pikir-pikirkanlah!

Wednesday, September 17, 2008

::Kenyataan Lelaki::

>>Khas Untuk Bacaan Perempuan Sahaja<<






Apabila seseorang lelaki memanggil kamu,
Dia ingin bersama dengan mu,
Apabila seeorang lelaki senyap,
Bermakna dia sedang mendengar kata-katamu,
Apabila seseorang lelaki tidak membantah,
Bermakna dia sedar akan kesilapannya,
Apabila lelaki berdiri berdekatan dengan kamu,
Dia ingin kamu mengambil berat akan dirinya,
Apabila kamu tidur atas bahu seseorang lelaki,
Dia merasakan yang dunia ini telah menjadi miliknya,
Apabila seseorang lelaki membuat telefon/mesej kamu setiap hari,
Itu bermakna dia sedang dalam lamunan cinta,
Apabila lelaki mengatakan dia tidak boleh hidup tanpa dirimu,
Dia akan bersama denganmu,
Apabila seseorang lelaki mengatakan
"aku rindu padamu",
Dia merindukan dirimu lebih dari segala-galanya,
lebih daripada kamu merindui dia.


so pikir-pikirkanlah wahai wanita(^_^)

Saturday, September 13, 2008

::Duit$$$$$Duit::



Duit! Sape yang tak nak duit kan..sume orang nak duit..apatah lagi orang yang dah kaya pun nak duit gak..dengan duit apapun yang kita nak mesti boleh kan..orang zaman sekarang sanggup buat macam-macam disebabkan duit walaupun dengan cara yang buruk..ade yang sanggup mencuri..ada yang sanggup makan rasuahla..macam-macam dunia zaman sekarang..hei duit! kau memang amat penting bagi kiteorang nie..tanpamu siapalah kami kan..huhu..

Sebut pasal duit nie aku nak ceritala sikit..aku nie pun memang suke sangat-sangat duit nie..kadang-kadang aku naik pening camne nak dapatkan duit nie..sebab tu aku ada wat business ngan partner aku sorang nie..kiteorang wat business pas spm aritu dapat RM8000 lebih wooo..banyak tu..banyakla gak business kiteorang buat..memang seronok gak jumpa dengan pelanggan nie..macam-macam karenah diorang..kena pulak yang budak-budak..adusss memang tak terlayan la..sebab tu nanti aku nak jadi businessman..baru senang sikit hidup nanti..hahaha..tapi aku apply diploma pengurusan perniagaan tak dapat pulak..dapat tu dapatla tapi kolej ape ntah..kolej tu under MARA..tapi dengar kata diploma dia tu setengah universiti tak iktiraf sangat..tu yang malas pergi tu..

Ni aku nak bagi satu formula kalu korang nak wat business cam aku..

>>kalu nak wat business tu janganla malu-malu jumpa@nak cari pelanggan..kena pulak kalu yang laki jumpa awek cun mula la nak malu-malu kucing konon..kucing pun tak malu camtu taw..kenalah bersikap professional sikit..
>>kenalah ada strategi sikit kalu nak wat pemasaran..cari target pelanggan..macamana nak promosi jualan
>>kena pandai cari contact dengan pembekal..tu amat penting..sebab nanti korang dapat beli barang-barang dari diorang dengan harga borong..
>>last but not least pandai-pandailah kira keuntungan tu..jangan wat business tapi rugi pulak..

Formula aku wat business satu jer.. MONEY=POWER=MONEY=POWER..korang mesti tak paham kan..sebenarnyer tu satu lingkaran formula..dengan duit kita boleh dapatkan kuasa@pangkat..dan dengan kuasa@pangkat tu kita boleh dapatkan duit balik..tapi bukan dengan jual kuasa kita pulak..tu orang yang tak sekolah jer wat camtu..ok..so pikir-pikirkanlah...




::Hari Yang Cerah Untuk Jiwa Yang Sepi::



>>Hari Yang Cerah untuk Jiwa Yang Sepi<<

Pagi biarkan sendiri
Jangan kau mendekat wahai matahari
Dingin hati yang bersedih
Tak begitu tenang mulai terabaikan
Kubu langit kelabuku
Tak begitu luas seperti memudar
Kini tak terulang lagi
Di hari yang cerah dia telah pergi
Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
Begitu tenang untuk cinta yang mati
Kucuba bertahan dan tak bisa
Mencoba melawan ke lepas
Semua telah hilang
Telah hilang


Hari kita nie tak selamanya cerah kan..kadang-kadang ada gak hujan..ada mendung..begitu juga dengan diri kita..tak selamanya kita akan merasa gembira dalam hidup kita..hari sedih,murung,marah, bengang juga akan hadir dalam diri kita tanpa diundang..betul tak??tepuk dada tanyalah selera..

Tapi bagi saya hari yang cerah adalah paling mengembirakan walaupun kita dalam keadaan tidak menggembirakan. maybe kita dapat keluar ngan member ke jalan-jalan bagi mengubat luka di hati kita..banyak lagi benda lain yang dapat kita buat kalu hari cerah..tapi kalau hujan semua aktiviti kita akan terbantut..nak keluar main pun tak boleh..

Saya dah melalui banyak kenangan yang pahit untuk ditelan dalam hidup saya dan juga kenangan manis untuk dikongsi dalam hidup yang banyak mengajar saya erti hidup di dunia yang penuh pancaroba ini..yang mengajar saya untuk mengenal yang mana kawan sejati dan yang mana musuh dalam selimut..dalam dunia ini adalah amat susah untuk mencari teman sejati kita..setelah lama berkawan barulah saya dapat membezakan yang mana betul-betul teman kita..yang sanggup berkorban demi kita..yang sanggup menemani kita dalam apa jua keadaan pun..dan sebab itu saya sanggup berkorban demi mereka ini...

Friday, September 12, 2008

Selamat Hari Rayer (^_^)


Selamat hari raye sume..Mesti korang dah tak sabar-sabar nak balik rumah nak raye kan..macamanepun kita sebagai pelajar hendaklah mengutamakan belajar dahulu..nanti sume pun dapat balik raye gak 25/9 nanti kan..nak balik ni tiket dah beli ke? kan nanti ader yang terpaksa beraye kat sini sorang-sorang pulak..cepatlah beli tiket tu..tapi jangan beli tiket dengan ulat tiket pulak..ingat tuuuuu...lagi satu baju rayer dah beli ker? yang tempah tu dah siap ker baju raye? kan raye nanti orang lain sume bergaya ngan baju raye baru kite pulak ngan baju raye tahun lepas..tapi jangan guna duit ptptn lak wat beli baju raye..duit tu simpan untuk belajar jer k..tunguuu..tungguu..ni nak tnya..nak raye nie puase cukup ker ha? tengok muke cam tak cukup jer puase nie..ishish...nanti jangan lupe ganti balik taw..papepun SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYE...maaf zahir dan batin..hope raye tahun ni paling meriah.. :)