Buat Duit Terus Daripada Website Atau Blog dengan BidVertiser

::Games::

Games yang terbaru..mesti takkan puas..tekan OPTION untuk melihat cara bermain..MESTI CUBA!!!

Tuesday, August 26, 2008

::Internet::

Pelbagai aplikasi internet, seperti pelayar web, FTP dan Telnet

Internet hari ini

Internet dikuatkuasa oleh perjanjian dwi- atau pelbagailateral "multilatera" dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang perpindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Bertindak Kejuruteraan InternetInternet Engineering Task Force - IETF), yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan Piawaian Internet (Internet Standard), oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti, IP, TCP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP, dan SSL. (

Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah Emel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail (File Sharing), WWW (World Wide Web), Gopher, Capaian Sesi (Session Access), WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, Emel dan World Wide Web lebih kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti Senarai Mel (Mailing List), dan Weblog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar (real-time service), seperti web radio, dan webcast, yang boleh dicapai di seluruh dunia.

Beberapa servis Internet popular yang berdasarkan sistem Tertutup(?)(Proprietary System), adalah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, TORRENT, dan Gnutella.


Budaya Internet

Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.


Isu moral dan undang-undang

Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal selia.

Kematian juga telah disalah gunakan di dalam penggunaan Internet oleh sesetengah pihak. Brandon Vedas meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan setelah rakan-rakan sembang IRCnya memberikan semangat. Shawn Woolley membunuh diri kerana ketagihan dengan permainan online iaitu Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet.

Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di internet mempunyai kesahihan atau tidak. Jangan menerimanya secara membabi buta.

Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitan filem melahirkan kebimbangan mereka mengenai gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna internet boleh memuat turun filem, video ataupun lagu berformat MP3 secara percuma dengan mudah melalui beberapa laman web tertentu ataupun melalui perisian rakan-ke-rakan seperti Bittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) telah memfailkan saman terhadap lebih 250 individu yang menawarkan muat turun lagu yang dicetak rompak.


Penggunaan Internet di tempat awam

Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa tempat awam yang menyediakan perkhidmatan Internet termasuk Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan berinternet, seperti Internet Kiosk, Terminal Capaian Awam (Public Access Terminal), dan Telefon web.

Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian WiFi atau Hotspot, seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa komputer riba (notebook) atau PDA, yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet.


-dipetik daripada sumber ms.wikipedia.org